Cik Buku nak souvenir dari Russia ^_^
09 December 2012
BLOGWALKING : DING DONG DECEMBER
Cik Buku sambung aktiviti segmen pulak petang-petang yang mula hujan gerimis ni. Tempat korang hujan tak? Semalam tak hujan, hari ni hujan...ok lah kan...mata pun nak layu jer. So, join segmen dapat segarkan mata.
Cik Buku ternampak iklan segmen ni semasa blogwalking kat blog incikapih. Segmen ni senang je. Paling penting kena letak azam 2013.
>>Azam Cik Buku tahun 2013 ialah: nak tingkatkan jualan buku ;)
Jom ramai-ramai join segmen ni ok!
Labels:
segmen
06 December 2012
Hati Yang Terusik - Nia Azalea
Keadaan buku: A
Warna kertas: Putih + sedikit kuning
Bilangan mukasurat: 551 helai
Terbitan: Alaf 21
Harga: RM 10 termasuk pos
Sinopsis:
Siapa kata manusia boleh hidup hanya dengan cinta? Siapa kata wang tidak penting dalam menjanjikan bahagia?
Lewat musim bunga menyaksikan detik kemesraan Farhan dan Vanessa menjalin rasa, menyulam cinta. Mungkin juga ketentuan Yang Esa, dua hati jauh berbeza latar dan budaya akhirnya bertaut menjadi satu. Namun, hakikat kehidupan tidak memungkinkan mereka mengecap bahagia berpanjangan.
Farhan...lelaki yang tidak punya segalanya. Yang dimiliki hanyalah harga diri yang tidak akan sesekali dipijak sewenang-wenangnya.
Vanessa... wanita yang memiliki segalanya. Namun, itu bukanlah tiket untuknya mengecap segala kebahagiaan yang sering diimpi.
Hakikatnya...mana ada cinta yang tidak teruji. Tentangan keluarga akhirnya menghancurkan mahligai cinta yang dibina. Malah, desakan hidup mampu mengubah kewarasan seorang lelaki yang tinggi akal fikirannya. Dayusnya Farhan bertindak hanya melalui sepucuk surat! Semuanya kerana fitnah, kerana maruahnya dihina, dicela sesuka hati.
Untuk kesekian kalinya, tercarik lagi hati Vanessa. Cinta dan kasihnya musnah bak pudar ungu lavendar di musim luruh. Dia terpaksa membuat pilihan. Antara cinta dan maruah diri, dia harus bijak membuat keputusan. Baginya, diam bukan bererti salah. Bukan juga bererti mengalah. Dan dalam segala kepayahan, hati kecilnya tetap tidak henti berharap, akan ada jua kebahagiaan di akhir segala kedukaan!

Subscribe to:
Posts (Atom)