Pertama kali Cik Buku menang. Happy sangat ^___^Tapi Cik Buku tak tahu apa tu 'edit full blog'haha, kelakar lak rasanya, sebab serba-serbi tak tahuApa-apa pun terima kasih Priya ^_^Nanti Cik Buku contact syamime
Showing posts with label mengomel. Show all posts
Showing posts with label mengomel. Show all posts
16 December 2012
Yeah, Menang Giveaway Cuti Sekolah!
Labels:
mengomel
17 September 2012
Ke Kedai Buku Junk Bookstore + Kedai Uncle Pasar Seni
Hari Sabtu yang lepas, Cik Buku ke Junk Bookstore. Tapi sebelum tu, Cik Buku nak cerita sedikit perjalanan Cik Buku ke sana. Cik Buku naik Komuter di Seremban menuju ke KL Central. Harga tiket pergi balik ialah RM12. Lepas itu, ke Masjid Jamek. (Cik Buku tak pernah ke sana, Cik Buku tahu pun sebab Cik Buku menelaah beberapa blog yang bercerita tentang Junk Bookstore ni).
Masa sampai di Masjid Jamek dah pukul 12.45. Wahhh, nak je berlari-lari, tapi sebab badan tak larat, takde lah nak larinya. Sebab apa nak lari? Sebab tengok kat website dia tulis hari Sabtu sampai pukul 2 petang je. Dah lah tak tau tempat, masa tu hujan gerimis. Cik Buku melalui jalan depan bank apa ntah, baunya Masyaallah...bau hancing! Tanyalah pakcik kat situ "Pakcik, mana RHB bank?" Dia pun bagi direction. Jalan punya jalan jumpalah RHB Bank. Tapi tak nampak pun kedai bukunya. Telek punya telek rupa-rupanya kat depan sikit RHB bank tu. Cik Buku pun terus masuk. Masa tu pukul 1.10 minit kot.
Masuk je, orang kedai tanya "nak cari buku apa?" Sebenarnya dalam kepala tak ingat dah buku apa, mungkin sebab terkejar-kejar kot tadi. Cik Buku pun membelek-belek buku yang ada. Memang banyak, berpinar mata + rambang mata. Mau terbang semua duit yang Cik Buku bawa ni nanti.
Pusing punya pusing, Cik Buku ternampak sekotak novel melayu. Yeahhhhhh!! Ada rupanya novel melayu. Ingatkan takde. Cik Buku pun apa lagi. Terus membelek dan membeli. Melihatkan Cik Buku tak mengambil 1 pun novel English, orang kedai membuat tawaran pada Cik Buku. Kalau Cik Buku ambil novel English, dia akan bagi diskaun katanya. Tapi, takpelah, Cik Buku rasa ok je novel yang Cik Buku ambil. Yang ini pun dah terkopak huhu.
Berat oooooo...ada 7 novel yang Cik Buku beli. Macam nak patah tangan. Nasib baik ada bag sandang. Lepas tu Cik Buku naik LRT menuju ke Pasar Seni. Masa tengah makan, Cik Buku buka internet (wifi free). Nak tengok ada tak jual buku terpakai kat sini. Rupa-rupanya ada. Nasib baik jumpa blog ni. Lepas makan, Cik Buku pun memulakan ekspedisi mencari.
Yeah! Kedai buku itu berada di tingkat bawah. Ada 3 orang pakcik India. Banyak novel Bahasa Inggeris. Novel Melayu dijual dengan harga asal. Cik Buku tak belilah novel Melayu. Sebab dah beli tadi. Cik Buku hanya beli 1 novel Inggeris tajuk The Kite Runner (selain teruja dengan blogger di atas, Cik Buku sendiri nak tahu apa yang bestnya novel ni dan pakcik tuan punya kedai pun mencadangkan buku yang sama).
Jadi berakhirlah pencarian Cik Buku untuk hari ini. Lain kali kita sambung cerita ye. Bye!
Labels:
mengomel
26 August 2012
Kulit Baru Hehe
Mudah-mudahan dengan adanya kulit baru (muka blog yang baru) ini akan menyebabkan cik buku lebih rajin menulis daripada sebelumnya ^_^
p/s: banyak buku dalam simpanan tersadai hurmmm
p/s: banyak buku dalam simpanan tersadai hurmmm
Labels:
mengomel
06 March 2012
MPH Pujaaan Hatiku
MPH ialah tempat kesukaan cik buku. Kalau pergi pusat beli belah, tiada MPH rasa macam tak best sangat. Cik Buku akan habiskan masa boleh sampai 2 jam di sini sahaja tau. Walaupun kadang-kadang tak beli pun. Seronok tengok banyak buku yang cantik-cantik dan berkualiti. Macam-macam jenis buku ada dijual.
Macam dialog dibawah ini:
Ajis: Oh adindku yg cinta rupawan. Hidungmu mancung bagai seludang. Rambutmu... ah.... rambutmu ape eh? Oh rambutmu hitam, berjambul di depan. Berbaju bunga, berseluar yankee, berkaki ayam.
Oh adinda, lihalah muke kekanda yg putih melepak ini..
Director: Hey ape? Kau buat dialog sendiri?
Ajis: Eh!!! Siapa tu disana??? Oh Adinda.. Kanda tahu itu siape.
Itulah perompak yg hendak merompak adinda daripada tangan kekanda.
Director: Ape?! Kau panggil aku perompak. Aku Director Ahmad Nisfu.
Ajis: Ah.... walupon mukamu tidak kukenal. Tetapi lobong hidungmu tetap menjadi Pujaan Hatiku.......
Oh adinda, lihalah muke kekanda yg putih melepak ini..
Director: Hey ape? Kau buat dialog sendiri?
Ajis: Eh!!! Siapa tu disana??? Oh Adinda.. Kanda tahu itu siape.
Itulah perompak yg hendak merompak adinda daripada tangan kekanda.
Director: Ape?! Kau panggil aku perompak. Aku Director Ahmad Nisfu.
Ajis: Ah.... walupon mukamu tidak kukenal. Tetapi lobong hidungmu tetap menjadi Pujaan Hatiku.......
Labels:
mengomel
21 February 2012
Minggu Yang Sibuk Ke Aku Yang Sibuk Huhu =(
Sorry kawan-kawan, masih belum berkesempatan untuk menjual buku-buku yang ada huhu. Nanti akan diupdate ye...harap dapat bersabar (aku sendiri tak sabar nak menjual haha)
Labels:
mengomel
Subscribe to:
Posts (Atom)
